Monday, August 19, 2013

PROSES PENGAMBILAN PEKERJA ASING

Proses pengambilan tenaga kerja ini dimulakan dengan mengenal pasti keperluan pekerja syarikat yg memohon .
Permohonan kuota daripada Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen. (Antara 1 hingga 2 bulan.)
Mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah kuota yang diperlukan.


Permohonan tenaga kerja asing (Indonesia) melalui agen pengurusan sumber manusia Indonesia.



Pihak agen di Indonesia akan meminta Syarikat menghantar faks atau salinan surat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pihak Syarikat akan ke Indonesia untuk berjumpa dengan bakal pekerja untuk memberi taklimat dan sesi temuduga dijalankan untuk ujian pemilihan.
Pihak agen akan menguruskan ujian kesihatan (Medical) dirumah sakit umum atau hospital yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia dan seterusnya menguruskan passport (7 – 14 hari) sekiranya lulus ujian kesihatan.
Salinan passport dan Sijil Perubatan (asal) beserta 4 keping gambar berukuran pasport akan dihantar kepada Syarikat dalam tempoh 4 hari penghantaran.
Syarikat akan menyerahkan dokumen tersebut (Sijil Perubatan) ke Jabatan Imigresen untuk mendapatkan “ Calling Visa” yang mana memakan masa selama 7 hari. (Sijil Perubatan hanya sah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh sijil tersebut).
Salinan asal Visa Panggil ini akan dihantar ke agen di Indonesia dalam tempoh penghantaran 4 hari.
Agen akan menguruskan Visa Masuk dengan izin dari Kerajaan Indonesia dan Konsulat Malaysia di Pekan Baru, Riau sama lebih kurang 7 hari.

Pekerja akan bertolak dari Mataram ke Surabaya setelah Visa dicop di Pekan Baru.
Kursus selama 2 hari akan diberikan kepada bakal pekerja di Jabatan Tenaga Kerja Indonesia di Surabaya.
Surat untuk pekerja berkursus selama 2 hari di Surabaya sebelum ke Malaysia yang juga dipanggil ‘Pembekalan Akhir Pemberangkatan’ (PAP).
Setelah lulus, pekerja akan bertolak dari Surabaya ke Batam/Dumai lebih kurang 5 hari perjalanan dan passport pekerja akan diserahkan di Batam/Dumai yang mengandungi Single Entry Visa (sah untuk 3 bulan sahaja).
Pekerja seterusnya datang ke Malaysia dari Batam/Dumai samada ke Melaka atau Setulang Laut, Johor.(2 hari perjalanan)
Setibanya di Malaysia, para pekerja ini akan diambil sendiri oleh pihak Syarikat menggunakan bas/keretapi.
Tiba di premis mereka akan diberi rehat selama 1 hari dan keesokannya mula bekerja.
S
etiap pekerja ini akan menandatangani surat Perjanjian Pekerjaan diantara pekerja dan juga Syarikat .

Didalam perjanjian tersebut dinyatakan mengenai syarat-syarat dan terma-terma yang harus dipatuhi oeh pekerja

2 comments:

  1. I have offer for new apply visa student only for RM6000 for 1 years at language center, this only for new apply visa only from own country not in malaysia. more detail email gemali_mei01@yahoo.com me...

    ReplyDelete
  2. Saya telah menghadiri temuduga untk permohonan perkerja asing. Tetapi oleh kerana terlalu jujur semasA menjawab soalan dari pegawai kdn dengan serta merta syarikat saya di senarai hitam kan.. jawapan saya ialah ingin memohon perkerja am dan tukang cuci. Bolehkah saya membuat permohonan di kdn lagi?...

    ReplyDelete