Maklumat Perkhidmatan
SEKTOR YANG DIBENARKAN
Bahagian ini memproses permohonan pengamblan pekerja asing mengikut sektor-sektor yang dibenarkan sebagaimana berikut:
* Perkilangan
* Pembinaan
* Pertanian
* Perladangan
* Perkhidmatan:
i. Sub-sektor Restoran (tukang masak sahaja)
ii. Sub-sektor Pencucian dan Pembersihan
iii. Sub-sektor Pulau Peranginan
KADAR BAYARAN LEVI
* Sektor Perkilangan RM 1,250
* Sektor Pembinaan RM 1,250
* Sektor Perladangan RM 590
* Sektor Pertanian RM 410
*
Sektor Perkhidmatan:
i. Restoran (Tukang Masak) RM 1,850
ii. Pencucian dan Pembersihan RM 1,850
iii. Pulau Peranginan RM 1,250
NEGARA SUMBER YANG DIBENARKAN
Pekerja asing lelaki dan perempuan dari negara-negara sumber yang berikut dibenarkan bekerja dalam semua sektor iaitu Perkilangan, Perladangan, Pertanian, Perkhidmatan, dan Pembinaan.
* Thailand
* Kemboja
* Myanmar
* Laos
* Vietnam
* Kazakhstan
* Nepal
* Pakistan
* Sri Lanka
* Turkmenistan
* Uzbekistan
Bagi negara Filipina, hanya pekerja lelaki sahaja yang dibenarkan bekerja dalam lima (5) sektor tersebut.
Pekerja dari negara India hanya dibenarkan bekerja di dalam sektor perkidmatan (Restoran Sahaja), sektor pembinaan (high tension cable), sektor pertanian dan sektor perladangan.
Pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan bekerja di dalam semua sektor kecuali sektor perkilangan.
Manakala pekerja wanita dari negara tersebut dibenarkan bekerja di dalam semua sektor.
PUSAT KELULUSAN SETEMPAT PEKERJA ASING (ONE STOP CENTRE)
Prosedur pengambilan pekerja asing melalui Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre) di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri telah dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2005.
Melalui prosedur ini, permohonan yang lengkap dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam senarai semak akan diproses dan diberikan keputusan pada hari yang sama
Proses pengambilan pekerja asing melibatkan temuduga oleh panel ke atas pemilik syarikat / majikan atau akil yang sah. Ahli Panel adalah mewakili Kementerian/ agensi kawalselia seperti berikut:
i. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI
- Bagi permohonan dari Sektor Perkilangan
ii. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)
- Bagi permohonan dari Sektor Perkhidmatan
iii. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
- Bagi permohonan dari Sektor Pembinaan
iv. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)
- Bagi permohonan dari Sektor Perladangan
v. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT)
- Bagi permohonan dari Sektor Pertanian
vi. Kementerian Dalam Negeri (KDN)
- Urusetia dan ahli panel tambahan bagi semua sektor
Sebelum membuat permohonan pengambilan pekerja asing, majikan perlu mendapatkan perakuan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) yang mengesahkan bahawa majikan telah menggunakan perkhidmatan Job Clearing System (JCS) / Jobs Malaysia untuk mendapatkan pekerja tempatan.
Pemohonan pengambilan pekerja asing tanpa surat perakuan dari JTKSM tidak akan diproses.
Majikan yang diluluskan permohonan pekerja asing akan menerima perakuan kelulusan dan hendaklah membuat bayaran levi dalam tempoh 48 jam dari tarikh kelulusan. Selepas bayaran levi dibuat, Surat Kelulusan Bersyarat akan dikeluarkan kepada majikan.

No comments:
Post a Comment