WAJIB AMBIK IG,FWCS DAN SPIKPA UTK PEKERJA ASING
Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign worker diwajibkan mengambil Jaminan Insuran atau Insurance Guarantee (IG), Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing/Foreign Workers Compensation Scheme (FWCS) dan Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA). Insurance Guarantee atau IG dan SPIKPA diperlukan oleh Jabatan Imigresen, manakala FWCS pula di bawah seliaan Jabatan Buruh.
Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign workers secara permohonan biasa atau permohonan di bawah program 6P diwajibkan mengambil ke tiga-tiga polisi tersebut. Di bawah adalah penerangan ringkas berkenaan dengan ke tiga-tiga polisi tersebut.
IG @ Insurance Guarantee
- Insurance Guarantee(IG) diperlukan oleh majikan apabila mereka hendak membuat pembaharuan permit Kerja/work permit pekerja asing mereka (majikan juga perlukan FWCS & SPIKPA)
- IG hendaklah diberikan kepada Jabatan Imigresen di mana pembaharuan permit kerja hendak dilakukan
- Tempoh masa IG ialah 13 bulan/18 bulan/26 bulan/30 bulan & 36 bulan
- Kebiasaannya majikan memerlukan tempoh IG selama 18 bulan
- Jumlah guarantee/jaminan bagi pekerja asing adalah berbeza mengikut negara seperti berikut: -
Wargenegara | Jumlah Jaminan | |
1 | Indonesia/Thailand | RM250 |
2 | Bangladesh | RM500 |
3 | India/Pakistan/Myanmar/Nepal | RM750 |
4 | Philipina | RM1,000 |
5 | Vietnam | RM1,500 |
Jumlah premium untuk IG - bergantung kepada :
- Wargenagara
- Tempoh masa IG
- Jumlah Pekerja
SPIKPA @ Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing
- Bermula 1hb. Januari 2011, kerajaan telah mewajibkan semua majikan supaya mengambil SPIKPA untuk pekerja asing mereka.
- Sekiranya tiada SPIKPA, maka majikan tidak boleh memperbaharui permit kerja pekerja asing mereka
- Manfaat SPIKPA seperti berikut: -
- Had Tahunan RM10,000
- Untuk kemasukan ke hospital (kemalangan/sakit)
- Hospital kerajaan - cashless. Hanya tunjukan pengenalan diri (passport) bagi pengesahan di kaunter masuk hospital-hospital kerajaan (KKM)
- Hospital swasta - reimbursment (bayar dulu selepas itu klaim dengan insuran)
- Jumlah premium - RM127.20 setahun (untuk seorang)
- Tambah RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem
FWCS @ Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing
- 24 jam perlindungan
- Untuk KEMALANGAN sahaja (waktu kerja/luar waktu kerja)
- Penyakit akibat/kesan daripada kerja
- Bil perubatan hospital (maksima RM750)
- Kos penghantaran jenazah, jika meningal/hilang upaya kekal (maksima RM4,800)
- Jumlah perlindungan (dalam waktu kerja):
- Kematian akibat kemalangan di tempat kerja - maksima RM25,000
- Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) - maksima RM23,000
- Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement - ikut peratusan (maksima RM23,000)
- Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) - 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330)
- Kos/bil hospital - maksima RM750 (bagi setiap kes)
- Jumlah perlindungan (di luar waktu kerja):
- Kematian akibat kemalangan di tempat kerja - maksimaRM23,000
- Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) - maksima RM23,000
- Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement - ikut peratusan (maksima RM23,000)
- Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) - 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330)
- Kos/bil hospital - maksima RM750 (bagi setiap kes)
- Jumlah premium ialah RM76.02 setahun (untuk seorang pekerja)
- Tambah RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem
Manfaat | Waktu Bekerja | Luar Waktu Bekerja |
Kematian | RM25,000 maksima | RM23,000 |
Kecacatan Kekal | RM23,000 maksima | RM23,000 |
Kecacatan Separuh kekal | ikut peratusan drp Rm23,000 | ikut peratusan drp Rm23,000 |
Kecacatan/separuh kekal sementara | 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) | 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) |
Bil perubatan | RM750 maksima | RM750 maksima |
Penghantaran pulang (meninggal/hilang upaya kekal) | RM4,800 maksima | RM4,800 maksima |
Info ringkas berkenaan dengan tuntutan/klaim
SPIKPA
- Sekiranya pekerja kemalangan/sakit dan dimasukan ke hospital kerajaan, maka tidak perlu membayar apa-apa. Cuma tunjukan pengenalan diri iaitu passport untuk pengesahan identiti di kaunter daftar masuk.
- Sekiranya bil hospital melebihi had perlindungan iaitu RM10,000 - majikan atau pekerja perlu membayar lebihan tersebut.
- PENTING: Sekiranya didapati mana-mana pekerja asing mempunyai tunggakan bayaran bil hospital, maka tunggakan itu mestilah dijelaskan - jika tidak permit kerja tidak boleh diperbaharui untuk tahun yang berikutnya. Majikan juga akan disenarai hitam kan dan mana-mana majikan yang telah disenarai hitam - tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baru.
FWCS
- Sekiranya berlaku kemalangan kepada pekerja majikan perlu membuat laporan polis dan seterusnya melaporkan kepada syarikat insuran & Jabatan Buruh negeri.
- Jabatan Buruh akan memberikan beberapa dokumen untuk dilengkapkan oleh majikan.
- Selepas pekerja keluar hospital dan Jabatan Buruh akan membuat penilaian jumlah tuntutan yang akan dituntut kepada syarikat insuran
- Syarikat insuran akan membayar jumlah tuntutan sepertimana yang dinyatakan oleh Jabatan Buruh.
Nota:
Di atas adalah penerangan ringkas berkenaan dengan proses tuntutan untuk panduan. Untuk yang lebih terperinci, anda boleh menghubungi syarikat insuran anda atau hubungi agent insuran anda.
Sekiranya anda memerlukan quotation atau ingin membuat IG/SPIKPA/FWCS - sila berikan info berikut:
- Nama majikan/nama syarikat
- No. daftar syarikat
- Alamat majikan/syarikat
- Maklumat pekerja
- Nama penuh
- No Passport
- Wargenegara
- Jantina
Untuk mendapatkan Quotation, Sekiranya anda mahukan IG/SPIKPA/FWCS di atas, sila Email : mazmin2000@gmail.com