Saturday, August 31, 2013


WAJIB AMBIK IG,FWCS DAN SPIKPA UTK PEKERJA ASING
Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign worker diwajibkan mengambil Jaminan Insuran atau Insurance Guarantee (IG), Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing/Foreign Workers Compensation Scheme (FWCS) dan Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA). Insurance Guarantee atau IG dan SPIKPA diperlukan oleh Jabatan Imigresen, manakala FWCS pula di bawah seliaan Jabatan Buruh. 
Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign workers secara permohonan biasa atau permohonan di bawah program 6P diwajibkan mengambil ke tiga-tiga polisi tersebut. Di bawah adalah penerangan ringkas berkenaan dengan ke tiga-tiga polisi tersebut.
IG @ Insurance Guarantee
  • Insurance Guarantee(IG) diperlukan oleh majikan apabila mereka hendak membuat pembaharuan permit Kerja/work permit pekerja asing mereka (majikan juga perlukan FWCS & SPIKPA)
  • IG hendaklah diberikan kepada Jabatan Imigresen di mana pembaharuan permit kerja hendak dilakukan
  • Tempoh masa IG ialah 13 bulan/18 bulan/26 bulan/30 bulan & 36 bulan
  • Kebiasaannya majikan memerlukan tempoh IG selama 18 bulan
  • Jumlah guarantee/jaminan bagi pekerja asing adalah berbeza mengikut negara seperti berikut: -
 WargenegaraJumlah Jaminan
1Indonesia/ThailandRM250
2BangladeshRM500
3India/Pakistan/Myanmar/NepalRM750
4PhilipinaRM1,000
5VietnamRM1,500
Jumlah premium untuk IG - bergantung kepada :
  • Wargenagara
  • Tempoh masa IG
  • Jumlah Pekerja

SPIKPA @ Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing
  • Bermula 1hb. Januari 2011, kerajaan telah mewajibkan semua majikan supaya mengambil SPIKPA untuk pekerja asing mereka.
  • Sekiranya tiada SPIKPA, maka majikan tidak boleh memperbaharui permit kerja pekerja asing mereka
  • Manfaat SPIKPA seperti berikut: -
    • Had Tahunan RM10,000
    • Untuk kemasukan ke hospital (kemalangan/sakit)
    • Hospital kerajaan - cashless. Hanya tunjukan pengenalan diri (passport) bagi pengesahan di kaunter masuk hospital-hospital kerajaan (KKM)
    • Hospital swasta - reimbursment (bayar dulu selepas itu klaim dengan insuran)
  • Jumlah premium - RM127.20 setahun (untuk seorang)
  • Tambah RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem

FWCS @ Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing
  • 24 jam perlindungan 
  • Untuk KEMALANGAN sahaja (waktu kerja/luar waktu kerja)
  • Penyakit akibat/kesan daripada kerja
  • Bil perubatan hospital (maksima RM750)
  • Kos penghantaran jenazah, jika meningal/hilang upaya kekal (maksima RM4,800)
  • Jumlah perlindungan (dalam waktu kerja):
    • Kematian akibat kemalangan di tempat kerja - maksima RM25,000
    • Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) - maksima RM23,000
    • Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement - ikut peratusan (maksima RM23,000)
    • Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) - 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) 
    • Kos/bil hospital - maksima RM750 (bagi setiap kes)
  • Jumlah perlindungan (di luar waktu kerja):
    • Kematian akibat kemalangan di tempat kerja - maksimaRM23,000
    • Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) - maksima RM23,000
    • Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement - ikut peratusan (maksima RM23,000)
    • Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) - 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) 
    • Kos/bil hospital - maksima RM750 (bagi setiap kes)
  • Jumlah premium ialah RM76.02 setahun (untuk seorang pekerja)
  • Tambah RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem
ManfaatWaktu BekerjaLuar Waktu Bekerja
KematianRM25,000 maksimaRM23,000
Kecacatan KekalRM23,000 maksimaRM23,000
Kecacatan Separuh kekalikut peratusan drp Rm23,000ikut peratusan drp Rm23,000
Kecacatan/separuh kekal sementara1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) 
Bil perubatanRM750 maksimaRM750 maksima
Penghantaran pulang (meninggal/hilang upaya kekal)RM4,800 maksimaRM4,800 maksima


Info ringkas berkenaan dengan tuntutan/klaim
SPIKPA
  • Sekiranya pekerja kemalangan/sakit dan dimasukan ke hospital kerajaan, maka tidak perlu membayar apa-apa. Cuma tunjukan pengenalan diri iaitu passport untuk pengesahan identiti di kaunter daftar masuk.
  • Sekiranya bil hospital melebihi had perlindungan iaitu RM10,000 - majikan atau pekerja perlu membayar lebihan tersebut.
  • PENTING: Sekiranya didapati mana-mana pekerja asing mempunyai tunggakan bayaran bil hospital, maka tunggakan itu mestilah dijelaskan - jika tidak permit kerja tidak boleh diperbaharui untuk tahun yang berikutnya. Majikan juga akan disenarai hitam kan dan mana-mana majikan yang telah disenarai hitam - tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baru.
FWCS
  • Sekiranya berlaku kemalangan kepada pekerja majikan perlu membuat laporan polis dan seterusnya melaporkan kepada syarikat insuran & Jabatan Buruh negeri.
  • Jabatan Buruh akan memberikan beberapa dokumen untuk dilengkapkan oleh majikan.
  • Selepas pekerja keluar hospital dan Jabatan Buruh akan membuat penilaian jumlah tuntutan yang akan dituntut kepada syarikat insuran
  • Syarikat insuran akan membayar jumlah tuntutan sepertimana yang dinyatakan oleh Jabatan Buruh.
Nota:
Di atas adalah penerangan ringkas berkenaan dengan proses tuntutan untuk panduan. Untuk yang lebih terperinci, anda boleh menghubungi syarikat insuran anda atau hubungi agent insuran anda.
Sekiranya anda memerlukan quotation atau ingin membuat IG/SPIKPA/FWCS - sila berikan info berikut:
  • Nama majikan/nama syarikat
  • No. daftar syarikat 
  • Alamat majikan/syarikat
  • Maklumat pekerja
    • Nama penuh
    • No Passport
    • Wargenegara
    • Jantina
Untuk mendapatkan Quotation, Sekiranya anda mahukan IG/SPIKPA/FWCS di atas, sila Email : mazmin2000@gmail.com

Thursday, August 29, 2013


Permohonan Pekerja Asing
1. Jenis-jenis Sektor:
i. Pembuatan
ii. Perladangan
iii. Pertanian
iv. Pembinaan
v. Perkhidmatan
Permohonan kelulusan kuota hendaklah dibuat di Pusat Kelulusan Setempat, Kementerian Dalam Negeri kecuali Pembantu Rumah Asing, tukang masak warganegara Thailand dan penoreh getah di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur tidak memerlukan kelulusan tersebut.
2. Tatacara Permohonan Baru
a. Mendapatkan Surat Kelulusan dan membuat bayaran levi di Pusat Kelulusan Setempat, KDN.
b. Majikan memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) dan Pas Lawatan (Kerja Sementara).
a. Dokumen yang diperlukan untuk memohon:
i. Surat permohonan dari majikan
ii. Borang perakuan permohonan visa dengan rujukan 
iii. Surat kelulusan Kementerian Dalam Negeri 
iv. Resit asal bayaran levi 
v. Borang IMM.12 
vi. Borang bayaran
vii. Borang permohonan VDR pekerja asing baru
viii. Bank draf (Bayaran PLKS, PROSES DAN VISA)
ix Wang cagaran / Insuran Guarantee / Bank Guarantee (sahlaku sekurang-kurangnya 18 bulan)
x. Salinan pasport pekerja
xi. Gambar pekerja (1 keping)
xii. Personal bond yang dimatikan setem
xiii. Laporan pemeriksaan perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari negara sumber
b. Dokumen Tambahan:
i. Salinan borang pendaftaran syarikat (Borang 49/ Borang B&D) / Kad Wakil Syarikat (Kad kuning) untuk Permohonan VDR Pekerja Asing (Majikan / Wakil Syarikat)
ii.Surat kelulusan outsourcing asal pengambilan pekerja asing dan salinan diakui sah sijil outsourcing untuk Permohonan VDR Pekerja Asing (Syarikat Outsourcing)
c. Pekerja Asing hendaklah berada di luar negara sementara permohonan diproses. Pekerja tersebut hanya akan dibenarkan masuk selepas permohonan VDR dan PL(KS) diluluskan. Pintu masuk yang dibenarkan:
i. Melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 
Pekerja asing hendaklah mendapatkan Visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara atau Kemudahan Visa On Arrival (VOA)
ii. Melalui Pintu-pintu Masuk Lain 
Pekerja asing dari negara Thailand dan Indonesia hendaklah mendapatkan Visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di Negara berkenaan.

d. Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik/pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA dan disahkan sihat.
e. Mendapatkan Pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara) Di Pejabat Imigresen Negeri Atau Di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya. Dokumen diperlukan:
i. Surat kelulusan asal dari Pusat Kelulusan Setempat, KDN
ii.  Resit-resit asal bayaran yang telah dibuat
iii. Pasport pekerja
* Peringatan: Semua urusan di atas hendaklah dilakukan dalam tempoh sebulan daripada tarikh kemasukan pekerja ke Negara ini.
3. Tatacara Permohonan Lanjutan
i. Permohonan dilakukan di Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat/Pejabat Imigresen Negeri. Majikan perlu memohon 3 bulan sebelum tarikh tamat PL(KS). 
ii. Pekerja asing perlu melakukan ujian pemeriksaan kesihatan dengan FOMEMA dan disahkan sihat (bagi lanjutan tahun kedua dan ketiga sahaja).
iii. Permohonan perlu dihantar atau dimohon oleh majikan. 
iv. Dokumen yang diperlukan : 
v. Borang 49 / Borang B & D / kad wakil syarikat
vi. Borang bayaran
vii. Pasport pekerja asing yang masih sah tidak kurang 12 bulan
viii. Salinan resit bayaran wang cagaran /Jaminan bank/ Jaminan insuran (tidak kurang daripada 18 bulan)
4. Bentuk bayaran
i. Tunai 
ii. Bank deraf atas nama "KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA" dan bagi negeri-negeri atas nama "PENGARAH IMIGRESEN NEGERI" berkenaan. (Contoh : PENGARAH IMIGRESEN NEGERI KEDAH)
5. Maklumat Tambahan
i. Syarikat outsourcing dibenarkan membuat penukaran pekerja-pekerjanya dari satu syarikat ke satu syarikat di dalam sektor yang sama sahaja. 
ii. Syarikat outsourcing hendaklah bertanggungjawab mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
* Perhatian:
a. Pekerja Asing mestilah dalam lingkungan umur 18-45 tahun.
b. Pekerja Asing tidak dibenarkan membawa keluarga masuk dan tinggal di negara ini.
c. Pekerja Asing tidak boleh bertukar sektor pekerjaan atau bertukar majikan tanpa mendapat kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri.
d. Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun
e. Pekerja Asing dibenarkan tinggal di negara ini mengikut tarikh pas yang telah ditetapkan. Lanjutan tempoh sah laku PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen 3 bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).
f. Majikan adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala hal pembayaran deposit, visa, pas dan levi Pekerja Asing di Jabatan Imigresen Malaysia
g. Deposit hanya boleh dibayar balik jika majikan telah mengemukakan bukti bahawa Pekerja Asing telah meninggalkan negara atau telah bertukar majikan dengan kebenaran Jabatan Imigresen.
h. Pekerja Asing hendaklah dihantar pulang ke negara asal sebaik sahaja tamat tempoh bekerja, dibuang kerja atau apabila PL(KS) telah tamat tempoh atau telah dibatalkan atau disahkan tidak sihat.
i. Pekerja Asing tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk tempatan atau pekerja asing yang bekerja di negara ini. 
j. Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya Pekerja Asing melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
Kelulusan PL(KS) boleh ditarik balik atau dibatalkan jika ianya bertentangan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
NOTA :
Untuk permohonan pekerja asing di Negeri Sabah dan Sarawak, sila rujuk Pejabat Imigresen Negeri berkenaan.
Bil.Negara SumberJumlah Pendapatan majikan(Bersih)Bayaran Sita (Personal Bond)
1.IndonesiaRM 3,000.00RM 250.00
2.FilipinaRM 5,000.00RM 750.00
3.Sri LankaRM 5, 000.00RM 750.00
4.ThailandRM 3,000.00RM 250.00
5.CambodiaRM 3,000.00RM 250.00
6.IndiaRM 5,000.00RM 750.00
7.LaosRM 3,000.00RM 1500.00
8.VietnamRM 3,000.00RM 1500.00

Wednesday, August 28, 2013

TERKINI SPECIAL APPROVAL


Pekerja sedia ada dengan pasport antarabangsa untuk majikan yang benar2 memerlukan samada sektor pembinaan, perladangan dan perkhidmatan. kelulusan permit dalam tempoh sebulan sahaja..
senarai pekerja yang tersenarai semua adalah daripada negara sumber.
email profil company dan jumlah pekerja yang diperlukan

berminat e.mail ke
mazmin2000@gmail.com
mazmin2000@hotmail.com

Monday, August 19, 2013

PROSES PENGAMBILAN PEKERJA ASING

Proses pengambilan tenaga kerja ini dimulakan dengan mengenal pasti keperluan pekerja syarikat yg memohon .
Permohonan kuota daripada Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen. (Antara 1 hingga 2 bulan.)
Mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah kuota yang diperlukan.


Permohonan tenaga kerja asing (Indonesia) melalui agen pengurusan sumber manusia Indonesia.



Pihak agen di Indonesia akan meminta Syarikat menghantar faks atau salinan surat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pihak Syarikat akan ke Indonesia untuk berjumpa dengan bakal pekerja untuk memberi taklimat dan sesi temuduga dijalankan untuk ujian pemilihan.
Pihak agen akan menguruskan ujian kesihatan (Medical) dirumah sakit umum atau hospital yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia dan seterusnya menguruskan passport (7 – 14 hari) sekiranya lulus ujian kesihatan.
Salinan passport dan Sijil Perubatan (asal) beserta 4 keping gambar berukuran pasport akan dihantar kepada Syarikat dalam tempoh 4 hari penghantaran.
Syarikat akan menyerahkan dokumen tersebut (Sijil Perubatan) ke Jabatan Imigresen untuk mendapatkan “ Calling Visa” yang mana memakan masa selama 7 hari. (Sijil Perubatan hanya sah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh sijil tersebut).
Salinan asal Visa Panggil ini akan dihantar ke agen di Indonesia dalam tempoh penghantaran 4 hari.
Agen akan menguruskan Visa Masuk dengan izin dari Kerajaan Indonesia dan Konsulat Malaysia di Pekan Baru, Riau sama lebih kurang 7 hari.

Pekerja akan bertolak dari Mataram ke Surabaya setelah Visa dicop di Pekan Baru.
Kursus selama 2 hari akan diberikan kepada bakal pekerja di Jabatan Tenaga Kerja Indonesia di Surabaya.
Surat untuk pekerja berkursus selama 2 hari di Surabaya sebelum ke Malaysia yang juga dipanggil ‘Pembekalan Akhir Pemberangkatan’ (PAP).
Setelah lulus, pekerja akan bertolak dari Surabaya ke Batam/Dumai lebih kurang 5 hari perjalanan dan passport pekerja akan diserahkan di Batam/Dumai yang mengandungi Single Entry Visa (sah untuk 3 bulan sahaja).
Pekerja seterusnya datang ke Malaysia dari Batam/Dumai samada ke Melaka atau Setulang Laut, Johor.(2 hari perjalanan)
Setibanya di Malaysia, para pekerja ini akan diambil sendiri oleh pihak Syarikat menggunakan bas/keretapi.
Tiba di premis mereka akan diberi rehat selama 1 hari dan keesokannya mula bekerja.
S
etiap pekerja ini akan menandatangani surat Perjanjian Pekerjaan diantara pekerja dan juga Syarikat .

Didalam perjanjian tersebut dinyatakan mengenai syarat-syarat dan terma-terma yang harus dipatuhi oeh pekerja
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PUTRAJAYA
TEMPOH PERCUBAAN (PROBATION PERIOD) TIDAK 
TERPAKAI KEPADA PEKERJA ASING 

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing Dan 
Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) pada 1 Julai 2013 yang 
dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji 
Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, telah 
memutuskan bahawa tempoh percubaan (probation period) 
adalah tidak terpakai kepada pekerja asing yang memegang 
Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan ia menjadi syarat 
wajib dalam pengambilan pekerja asing yang baru. Keputusan ini 
telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sendiri 
selepas mesyuarat pada 1 Julai 2013. Sehubungan itu, semua 
majikan yang ingin menggaji pekerja asing dikehendaki mematuhi 
syarat ini.

Kementerian Sumber Manusia
11 Julai 2013

Maklumat Perkhidmatan

SEKTOR YANG DIBENARKAN

Bahagian ini memproses permohonan pengamblan pekerja asing mengikut sektor-sektor yang dibenarkan sebagaimana berikut:

    * Perkilangan
    * Pembinaan
    * Pertanian
    * Perladangan
    * Perkhidmatan:

          i.    Sub-sektor Restoran (tukang masak sahaja)
          ii.   Sub-sektor Pencucian dan Pembersihan
          iii.   Sub-sektor Pulau Peranginan

KADAR BAYARAN LEVI 

    * Sektor Perkilangan                               RM 1,250
    * Sektor Pembinaan                               RM 1,250
    * Sektor Perladangan                              RM 590
    * Sektor Pertanian                                  RM 410
    *
      Sektor Perkhidmatan:

         i.    Restoran (Tukang Masak)                 RM 1,850
         ii.   Pencucian dan Pembersihan              RM 1,850
         iii.  Pulau Peranginan                             RM 1,250


NEGARA SUMBER YANG DIBENARKAN

Pekerja asing lelaki dan perempuan dari negara-negara sumber yang berikut dibenarkan bekerja dalam semua sektor iaitu Perkilangan, Perladangan, Pertanian, Perkhidmatan, dan Pembinaan.

    * Thailand
    * Kemboja
    * Myanmar
    * Laos
    * Vietnam
    * Kazakhstan
    * Nepal
    * Pakistan
    * Sri Lanka
    * Turkmenistan
    * Uzbekistan

Bagi negara Filipina, hanya pekerja lelaki sahaja yang dibenarkan bekerja dalam lima (5) sektor tersebut.

Pekerja dari negara India hanya dibenarkan bekerja di dalam sektor perkidmatan (Restoran Sahaja), sektor pembinaan (high tension cable), sektor pertanian dan sektor perladangan.

Pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan bekerja di dalam semua sektor kecuali sektor perkilangan.

Manakala pekerja wanita dari negara tersebut dibenarkan bekerja di dalam semua sektor.

PUSAT KELULUSAN SETEMPAT PEKERJA ASING (ONE STOP CENTRE)

Prosedur pengambilan pekerja asing melalui Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre) di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri telah dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2005.

Melalui prosedur ini, permohonan yang lengkap dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam senarai semak akan diproses dan diberikan keputusan pada hari yang sama

Proses pengambilan pekerja asing melibatkan temuduga oleh panel ke atas pemilik syarikat / majikan atau akil yang sah. Ahli Panel adalah mewakili Kementerian/ agensi kawalselia seperti berikut:
i.        Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI
          -  Bagi permohonan dari Sektor Perkilangan
 ii.      Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)
         -  Bagi permohonan dari Sektor Perkhidmatan
 iii.     Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
         -   Bagi permohonan dari Sektor Pembinaan
 iv.     Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)
          -  Bagi permohonan dari Sektor Perladangan
 v.      Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT)
          -  Bagi permohonan dari Sektor Pertanian
 vi.     Kementerian Dalam Negeri (KDN)
          -  Urusetia dan ahli panel tambahan bagi semua sektor

Sebelum membuat permohonan pengambilan pekerja asing, majikan perlu mendapatkan perakuan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) yang mengesahkan bahawa majikan telah menggunakan perkhidmatan Job Clearing System (JCS) / Jobs Malaysia untuk mendapatkan pekerja tempatan.

Pemohonan pengambilan pekerja asing tanpa surat perakuan dari JTKSM tidak akan diproses.

Majikan yang diluluskan permohonan pekerja asing akan menerima perakuan kelulusan dan hendaklah membuat bayaran levi dalam tempoh 48 jam dari tarikh kelulusan. Selepas bayaran levi dibuat, Surat Kelulusan Bersyarat akan dikeluarkan kepada majikan.