Wednesday, September 18, 2013

TERKINI SEDIA MENERIMA PAJAKAN UNTUK KERJA2 LADANG


TERBUKA KEPADA PEMILIK LADANG KELAPA SAWIT SAMADA DARIPADA FELDA ATAU SYARIKAT BERTARAF GLC ATAU PERSENDIRIAN . PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PEKERJA UNTUK LADANG YANG BERSAIZ BESAR DENGAN SISTEM PAJAKAN SECARA TAHUNAN. 
SEGALA RUNDINGAN AKAN DIJALANKAN SECARA TELUS. PENYERAHAN PROJEK KERJA LADANG PASTI MENGUNTUNGKAN KEDUA BELAH PIHAK.

BERMINAT SILA EMAIL KE
 mazmin2000@gmail.com
sertakan no tel untuk kami hubungi.

Saturday, September 7, 2013

Pusat Pertukaran Pekerja Binaan Berhad (CLAB) 


Pusat Pertukaran Pekerja Binaan Berhad (CLAB) akan mengeluarkan kad pendaftaran untuk pekerja asing binaan yang berdaftar dengan organisasi itu, bermula bulan depan. 

Ketua Eksekutif CLAB, Abdul Rafik Abdul Rajis, berkata kad itu akan berperanan sebagai dokumen rasmi pekerja asing berkenaan dan akan diwajibkan kepada lebih 36,000 pekerja yang berdaftar dengan CLAB menerusi 4,000 kontraktor. 

"Kad ini akan diberi secara percuma kepada semua pekerja asing binaan yang berdaftar dengan CLAB. Kad ini adalah bukti pekerja itu berdaftar dengan kami. Kad ini juga turut dilengkapi dengan bar kod yang menyimpan semua data pekerja. 


"Pihak berkuasa boleh 'scan' kad ini hanya menggunakan telefon bimbit Android dan semua data akan dipapar pada skrin telefon itu," katanya pada sidang media selepas perasmian Seminar Bersama Pelanggan CLAB Wilayah Utara 2013 oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, di sini, hari ini. 

Menurutnya, kad itu akan dikeluarkan secara berperingkat dengan pengeluaran awal sebanyak 1,500. 

CLAB akan memastikan semua 36,000 pekerja asing berkenaan memiliki kad ini dalam tempoh setahun, katanya. 

Dalam perkembangan lain, Abdul Rafik berkata CLAB sudah menubuhkan sebuah pusat transit di Nilai, Negeri Sembilan pada 2 April lalu yang menjadi pusat sehenti pekerja asing, sebelum diambil majikan. 
Setakat ini sebanyak 400 pekerja asing dari Indonesia, Myanmar, India dan Pakistan ditempatkan di pusat transit berkenaan, katanya. 

"Ia menjimatkan masa dan kos pengambilan sebab kita bawa masuk siap-siap dulu, kita letak di pusat transit...apabila kontraktor dah ada maklumat yang lengkap mengikut syarat-syaratnya boleh terus ambil pekerja tersebut di pusat transit," katanya. 

Katanya, CLAB juga merancang untuk membuka pusat transit itu di wilayah utara dan selatan jika projek perintis di Nilai berkenaan berjaya. 

CLAB adalah organisasi yang tidak berlandaskan keuntungan dan berperanan sebagai pemudah cara dalam pengambilan dan penggunaan pekerja asing bagi sektor pembinaan di negara ini.

Thursday, September 5, 2013

200 PEKERJA ASING UNTUK SEKTOR PEMBINAAN


Pekerja dari negara sumber [PAKISTAN] jumlah 200 sedia bekerja untuk sektor pembinaan.
gaji boleh dirunding..

berminat e.mail kepada mazmin2000@gmail.com